Manusia hanya memikirkan apa yang mereka sendiri mahu dan keinginan ini membawa kepada kesakitan.
Daripada menumpukan perhatian kepada apa yang anda mahu, fikirlah tentang apa yang boleh anda berikan kepada orang lain.  Maka anda akan mendapati bahawa sebaik sahaja anda mencuba cara ini, kebimbangan anda hilang.
________________________________________________________________________________________

RAHSIA ini ada dimana-mana. Walau pun ketika anda sedang membaca laman ini, ia ada disekeliling kita, setiap masa. Ia
wujud ketika anda melihat keluar di jendela, ketika anda menonton tv. Anda boleh merasakannya ketika keluar bekerja,
ketika menunaikan solat, apabila membayar bil, ketika menyayangi mahupun ketika kita berdoa. Cuma kita tidak sedar
apakah sebenarnya ia dan dan apa pula kaitannya dengan kehidupan.

Ia dinamakan Rahsia kerana ramai yang tidak mengetahui tentangnya. Banyak pendekatan yang diambil dari Rahsia ini
oleh sebilangan tenaga pengajar dan guru bagi memberi kefahaman tentangnya. Ia digubah bagi tujuan tertentu. Tetapi
secara dasarnya, belum ada pendekatan setakat ini yang memberi penerangan secara menyeluruh apatah lagi mengait dan
menghuraikannya dengan konsep agama Islam itu sendiri.

Bertepatan dengan konsep agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW ini, Islam adalah syumul dan ia juga agama ilmu. Seperti peringatan Allah SWT,

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,
yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam.
Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-‘Alaq: 1-5)

Rahsianya ialah, hidup kita dicipta berlandaskan beberapa hukum. Dunia serta alam semesta ini bergerak di atas
hukum-hukum tersebut. Tidak ada yang terlepas darinya. Tanpa hukum-hukum ciptaanNya ini, segala yang ada tidak
akan bergerak, berhubung atau berkembang. Kesemuanya sudah tentu dengan izinNya.

Kunci untuk memahami konsep hukum-hukum ini adalah berpandukan kepada pemahaman diri sendiri. KITA ADALAH APA YANG KITA FAHAM.  Ramai antara kita menolak hukum-hukum ini atas pelbagai sebab. Keegoan adalah salah satu penghalang utama. Bagi memudahkan pemahaman, cuba lihat cara kita melihat dunia ini.

Adakah kita berada dalam sebuah kawasan di dalam sebuah negara? Atau berada dalam  dalam sebuah negara di dalam sebuah planet, atau berada  dalam sebuah planet di antara jutaan planet-planet di dalam sebuah galaksi? Sekali imbas ia mungkin tidak memberi sebarang perbezaan. Tapi hakikatnya itu adalah apa yang kita faham dan itulah  apa yang kita percaya.

Dia Maha Pencpta dan maha luas ciptaanNya, apa yang kita miliki dan bakal dimiliki adalah  secebis kecil dari ilmuNya.

Samada kita tidak sedar, ragu-ragu atau menolaknya sekalipun, ia tetap akan wujud. Lihat di dalam diri dengan perasaan
keinsafan, berapa banyakkah keadaan yang masih menjadi tanda tanya yang pernah kita lalui masih belum terjawab.

Bukalah hati, lihat di sekeliling dan berlapang dadalah dalam melihat penciptaanNya yang Maha Agung ini.

Secara ringkas, 7 HUKUM yang menggerakkan dunia ialah :

Hukum Getaran
Semua yang wujud adalah makhluk ciptaanNya, kita semua adalah satu. Samada yang bergerak atau statik ia tetap menghasilkan getaran. Kesemua getaran-getaran ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Hakikat seperti yang telah dubuktikan ini adalah segala getaran menghasilkan satu tenaga. Dengan tenaga-tenaga inilah terhasilnya sesuatu perkara.

Hukum Perkaitan
Apa yang terjadi ada kaitannya antara satu sama lain. Asal-usul, perbandingan, persamaan adalah antara contoh-contoh
bahawa segala yang wujud ada kaitannya antara satu sama lain.

Hukum Sebab Dan Akibat
Tiada yang bersifat tunggal di dunia ini. Segalanya dijadikan bersebab dan kesemuanya ada kesannya. Setiap sebab ada akibatnya dan setiap akibat pasti ada punca atau sebabnya. Atas segala yang dapat kita lihat dan telah terjadi, disebaliknya ada sebab-sebab yang tertentu yang mengakibatkannya. Tidak ada perkataan kebetulan atau nasib di dalam dunia ini. Ia hanya perkataan-perkataan bagi mereka yang tidak faham akan hukum-hukum ini. Yang bersifat tunggal hanyalah milikNya, Maha Pencipta.

Hukum Kekutuban
Seperti sifat Bumi sendiri, segala isinya bergerak atas sistem dan fitrah yang sama. Setiap bawah ada atasnya, setiap
gelap ada terangnya, setiap buruk ada baiknya dan jika ada perempuan pasti ada lelaki. Tiada yang terlepas dari sifat kekutuban ini.

Hukum Rentak
Rentak adalah aliran keluar masuk dan mempunyai pusingannya yang tersendiri. Ia ada pasang surutnya, atas bawahnya dan naik turunnya. Dengar bunyi degupan jantung, lihat ombak yang menghempas pantai atau nikmati alunan muzik yang dimainkan. Kesemua itu mempunyai aliran pusingan rentak yang tertentu. Segala yang terjadi di muka bumi ini ada rentaknya yang tersendiri.

Hukum Kematangan
Tiada yang akan terjadi dengan sekelip mata. Kekuatan atau kejayaan tidak akan berlaku dalam satu malam melainkan
dengan izinNya. Seperti menyemai benih, ia memakan masa untuk tumbuh dan mekar.

Hukum Penjelmaan
Hukum ini adalah transformasi dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Seperti apa yang dicipta oleh  manusia itu
sendiri, hasil yang boleh dirasa dan dilihat atau didengar adalah transformasi apa yang tergambar difikiran penciptanya.

Kesemua hukum-hukum ini berkait rapat antara satu sama lain. Kita boleh melihat persamaan dan kaitan di antaranya.

Ketujuh-tujuh Hukum ini adalah ciptaanNya yang hakiki. Samada kita bersedia menerimanya atau tidak, ia tetap berfungsi.
Lihat apa yang diceritakan, dengar apa yang digambarkan. Kitalah sebenarnya apa yang kita fikirkan.

Seperti yang kita dengar dan lihat setiap masa, mengapa satu kejadian diikuti dengan kejadian yang seakan sama berlaku
berulang beberapa kali. Tak kira samada didada akhbar, tv, atau media-media lain. Ia boleh dihuraikan dengan pemamahan dalam hukum ini.

Pengetahuan tentang hukum-hukum ini akan menerangkan mengapa cita-cita dan impian yang dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh tidak mendatang hasil yang diharapkan. Persoalaannya bagaimana untuk mengatasinya?

Ia sebenarnya ada didepan mata, cuma tanggapan dan ilmu yang ada pada kita membataskan untuk kita menjangkau ilmu ini. Mungkin dikalangan kita  tidak terlintas langsung akan keujudannya.

Semua seminar, kursus, program untuk membangkitkan kesedaran dan motivasi yang boleh kita lihat dan hadiri hari ini
asalnya berlandaskan ilmu ini. Ia di rangka dan dikhususkan mengikut kehendak dan matlamat pengkhususannya.

Kita sebenarnya hidup dengan sistem yang ditentukanNya ini. Sistem atau  HUKUM ini adalah penggerak alam semesta.
Berdasarkan hadis dan Al Quran, ada terselit kaitan-kaitan tentang HUKUM ini, berkemungkinan cara kita menerima atau
kefahaman yang ada membataskan bagi kita menghampirinya. 

Sebaik sahaja anda sedar, memahami, mengguna dan menyelaraskan diri dengan hukum ciptaanNya ini, anda akan mengalami transformasi dalam setiap bidang kehidupan seperti yang anda bayangkan.... Pasti!

Selain menjawab segala persoalaan, kita akan melihat kehidupan ini dari sudut yang jauh berbeza. Ia akan mencipta
satu kehidupan yang lebih sempurna dan pasti akan membawa kita menuju tujuan semua makhluk iaitu menuju.. kebahgiaan.

Jika anda masih belum tahu tentang HUKUM ini dan dengan nikmat dan kesempatan yang dikurniakanNya mahu mengetahuinya, terokailah ia. Anda boleh memulakannya disini. Mudah-mudahan, dengan tujuan yang betul, kita sama-sama dapat menerokai sedikit dari ilmuNya yang maha luas ini.